Laporan Biro Keselamatan Dan Kebajikan

LAPORAN BIRO KESELAMATAN DAN KEBAJIKAN

2011/2012

PENGERUSI                : En. Mohamed Roslan b. Salehuddin

SETIAUSAHA              : En. Mohd Zailani b. Deraman

AJK GURU                  : 

  • En. Mahathir b. Mansor
  • En. Firdaus b. Hassan
  • En. Yusmimi b. Nordin

Biro Keselamatan dan Kebajikan telah mengadakan beberapa program sepanjang tahun 2011/2012. Program yang telah dirancang dan dilaksanakan ini diharapkan dapat memberi manfaat dan faedah kepada semua warga sekolah. Antara program yang telah dijalankan adalah seperti berikut :

  1. AJK Keselamatan dan Kebajikan telah menjalankan projek penambah baikkan  program keselamatan jalan raya di sekolah, dengan mengecat semula  jalur lalu lintas dan laluan di koridor, mengecat laluan untuk murid melintas, serta mengecat petak kuning tempat parkir kereta guru.
  2. Bekerjasama dengan Panitia Pendidikan Islam dengan mengadakan Majlis Berbuka Puasa, Solat Hajat, Bacaan Yassin dan Solat Tarawikh sempena UPSR 2011.
  3. Membeli 20 unit kon bagi menyelesaikan masalah lalu lintas dan keluar masuk kenderaan di Gate A, serta bagi mengatasi masalah keselamatan murid semasa berhimpun di tapak perhimpunan.
  4. Mengedarkan notis pemberitahuan kepada Pengawal keselamatan sekolah mengenai masa buka dan tutup pintu pagar di Gate A, Gate B dan Gate C, termasuk pada hari cuti.
  5.  Kerjasama dengan biro pembangunan bagi pembinaan tangga baru di Gate C bagi mengatasi masalah cerun curam yang boleh membahayakan keselamatan murid semasa datang dan pulang sekolah.
  6. Mengadakan kerjasama dengan  Badan Kebajikan Guru/kakitangan (BKGK) mengutip  derma untuk kakitangan sekolah atau waris yang terlibat dengan kemalangan atau kematian.

Biro keselamatan dan kebajikan mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua pihak yang telah bertungkus-lumus serta mengembeleng tenaga bagi menjayakan aktiviti-aktiviti yang telah dirancang oleh biro ini. Diharapkan program yang tidak dapat dilaksanakan pada tahun 2011 akibat kekangan masa dapat dilaksanakan pada masa hadapan. Semoga  Biro keselamatan dan kebajikan akan terus memberi sumbangan yang bermakna untuk kesejahteraan semua warga sekolah.

Disediakan oleh

_____________________________
(EN. MOHD ZAILANI BIN DERAMAN)
( Setiausaha Biro Keselamatan dan Kebajikan)