Profil SKS9

1. SEJARAH SKS 9

Gambar Sekolah 1998
Sekolah Kebangsaan Seksyen 9, Shah Alam terletak di dalam Bandaraya Shah Alam, ibu negeri Selangor berhampiran dengan Masjid Negeri, Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah dan Hotel Concorde. Sekolah ini telah dibuka pada 1 Januari 1998. Walaupun usianya masih muda namun telah banyak kejayaan yang ditempa sama ada di peringkat negeri mahupun kebangsaan. Kejayaan yang paling membanggakan adalah meraih tempat ke-16 pencapaian UPSR 2001 diperingkat kebangsaan. Pada tahun 2011, SKS9 telah menempa sejarah kegemilangan setelah dianugerahkan status Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT).

Satu faktor yang menarik perhatian mengenai sekolah ini adalah dari segi reka bentuk bangunan sekolah ini yang dibina khas secara berkongsi kawasan dengan Sekolah Menengah Kebangsaan Seksyen 9, reka bentuknya berlainan berbanding dengan sekolah-sekolah lain. Reka bentuk bangunannya besar tersergam dan mempunyai empat aras dengan infrastruktur yang lengkap dan menarik. Sejak sekolah ini dibuka, ia telah menjalankan dua sesi persekolahan iaitu pagi dan petang kerana pertambahan murid secara mendadak mengakibatkan bilik darjah tidak mencukupi.

Pemimpin atau Guru Besar pertama di sekolah ini ialah Encik Hashim bin Salleh (Januari 1998 hingga Oktober 1998). Guru Besar seterusnya ialah Puan Hajah Jamaliah binti Aman ( November 1998 hingga bersara Oktober 2004 ). Manakala Puan Hajah Paridah Anum binti Tajudin telah mengambil alih tugas Guru Besar SK. Seksyen 9 mulai Disember 2004 sehingga 8 Januari 2012.

Puan Hajah Normah binti Othman telah memulakan tugas sebagai Guru Besar SKS9 pada 1hb Februari 2012.

SKS 9 mempunyai satu pasukan kerja yang terdiri daripada GPK, guru dan staf sokongan yang begitu komited dan rajin dalam menjalankan tugas. Tidak mustahil perjalanan sekolah ini begitu lancar dan bersistematik sehingga banyak meraih kejayaan dari segi kurikulum mahupun kokurikulum.

2. MAKLUMAT SKS 9

Nama Sekolah:

SEKOLAH KEBANGSAAN SEKSYEN 9, SHAH ALAM
Gred: A
Kod: BBA 8246
Lokasi: BANDAR
Daerah: PETALING
Sidang: PAGI DAN PETANG
Alamat:
JALAN TENGKU AMPUAN RAHIMAH 9/20 40100 SHAH ALAM
Telefon: 03-55129941
Fax: 03-55132375
E-Mail: sks9_sa@yahoo.com
Website http://www.sks9sa.com

3. VISI SKS 9

SKS 9 menjana modal insan gemilang dan sekolah terbilang negeri Selangor menjelang 2010.

4. MISI SKS 9

Kami warga SKS 9 komited memastikan :

Kurikulum dan kokurikulum gemilang, sahsiah dan disiplin terpuji, iklim sekolah yang kondusif berteraskan pengurusan dan pentadbiran yang telus, dibantu hubungan komuniti yang erat.

5. MOTO SKS 9

“Menyayangi, Mendidik, Cemerlang”

6. PIAGAM PELANGGAN

Kami berjanji akan memastikan :

Murid :
menguasai 3M, berilmu melalui perkembangan ICT.
aktif dalam kokurikulum
mengamalkan nilai-nilai murni, berdaya saing, bersemangat waja demi masa depan yang cemerlang, gemilang dan terbilang
Guru dan Staf Sokongan :
mengamalkan budaya kerja yang amanah cekap, cepat, tepat, kreatif dan inovatif
sentiasa menerima
Warga :
diberi perkhidmatan berkualiti
diberi layanan yang adil dan mesra

7. BUDAYA KERJA
Memahami dan menghayati
1.1. Falsafah Pendidikan Kebangsaan
1.2. Pelan Induk Pembangunan Pendidikan
1.3. Falsafah, Matlamat dan Objektif Sekolah
Memelihara dan mempertingkatkan imej sekolah, Jabatan dan Kementerian Pelajaran setiap masa
Mementingkan mutu dan kesan pendidikan
Menentukan objektif ( setiap masa )
Mengamalkan kerja secara bermasyarakat dan berpasukan
Sentiasa bekerja dengan bersih, cekap dan amanah
Mengamalkan sikap jujur, ikhlas, amanah serta adil
Mengamalkan perkhidmatan penyayang
Kepimpinan melalui teladan
Sentiasa memimpin dan menilai diri sendiri
Berusaha mempertingkatkan ilmu dan kemahiran
Kerja adalah ibadah