Untuk makluman kepada semua ibu bapa/penjaga murid Tahun 1 Sesi 2013.

1. Minggu Transisi Murid Tahun 1 akan dijalankan pada 2 Januari 2013 hingga 15 Januari 2013.

2. Semasa minggu transisi dijalankan, murid tidak perlu membawa buku teks dan buku aktiviti.

3. Alatan yang perlu dibawa pada minggu transisi ialah alat tulis, pensil warna dan sebuah buku tulis.

4. Waktu persekolahan Sesi Petang.

Isnin – 1.10 petang hingga 6.30 petang

Selasa, Rabu, Khamis  – 1.10 petang hingga 6.00 petang

Jumaat – 1.40 petang hingga 6.30 petang

Waktu Rehat – 3.40 petang hingga 4.00 petang

5. Ibu bapa/penjaga dinasihatkan supaya memberitahu anak tuan/puan di mana tempat menunggu semasa waktu pulang dari sekolah sama ada di Gate A, Gate B atau Gate C.

6. Ibu bapa/penjaga DILARANG MASUK ke kawasan sekolah bersama kenderaan bagi mengelakkan kesesakan.

7. Ibu bapa/penjaga TIDAK DIBENARKAN masuk ke kawasan sekolah jika tiada urusan rasmi.

8. Tempat duduk di kantin hanya dikhaskan untuk MURID-MURID sahaja. Oleh itu, ibu bapa tidak dibenarkan duduk di kantin semasa waktu REHAT untuk memberi keselesaan kepada murid-murid.

Sekian, terima kasih.

About these ads