Dengan segala hormatnya, Hari Terbuka SK Seksyen 9, Shah Alam akan diadakan pada ketetapan berikut:

Tarikh: 31 Oktober 2012

Hari: Rabu

Masa: 8.30 pagi – 12.00 tengah hari (untuk murid sesi pagi)

2. 00 petang – 6.00 petang ( untuk murid sesi petang)

Tempat: Dewan Sinar untuk murid Tahun 5

Bilik darjah anak/jagaan masinng-masing untuk murid Tahun 1 hingga

Tahun 4.

Sehubungan itu, tuan/puan adalah dijemput hadir bagi tujuan menandatangani kad profil murid dan sesi perbincangan bersama guru kelas / guru mata pelajaran. Selepas sesi tersebut, tuan/puan dibenarkan membawa anak/jagaan pulang.

Sekian, terima kasih.

About these ads