Saya dengan segala hormatnya merujuk  perkara di atas.

 2.         Adalah dimaklumkan, pihak pengurusan sekolah sentiasa memberi keutamaan terhadap keselamatan dan kesejahteraan murid-murid di sekolah ini. Sebagai langkah keselamatan pihak sekolah  telah menetapkan beberapa peraturan bagi menjaga keselamatan murid-murid. Berikut disertakan peraturan keselamatan tersebut.

             2.1 Waktu Persekolahan

ISNIN

SELASA-KHAMIS

JUMAAT

7.30pg – 1.30ptg

7.30pg – 1.00ptg* / 1.30ptg*

7.30pg – 12.00tgh

 

*tertakluk kepada jadual kelas anak masing-masing

- sila pastikan anak masing-masing tidak lewat hadir ke sekolah

 

            2.2  Perhimpunan pagi.

             Perhimpunan pagi akan bermula pada jam 7.30 pagi pada setiap hari. Semua murid sesi pagi hendaklah datang awal sebelum jam 7.30 pagi. Sila gunakan laluan berbumbung sewaktu hadir ke sekolah. Ibu bapa / penjaga  diminta menghantar dan mengambil anak-anak tuan puan di pintu pagar sekolah sahaja.

             2.3 Waktu buka dan tutup pintu pagar kecil B dan C

 ISNIN  HINGGA JUMAAT

 

PAGI

TENGAHARI

PETANG

WAKTU BUKA

6.45 pagi – 8.15 pagi

11.30 pagi – 2.30 ptg.

5.45 ptg.  – 7.00 ptg.

WAKTU TUTUP

8.15 pagi – 11.30 pagi

2.30 ptg . – 5.45 ptg

7.00 ptg

 SELASA, RABU DAN KHAMIS

(HARI AKTIVITI KO-KURIKULUM / LATIHAN SUKAN DIADAKAN SAHAJA)

 

PAGI

TENGAHARI

PETANG

WAKTU BUKA

6.45 pagi – 8.15 pagi

11.30 pagi – 3.45 ptg

5.45 ptg  – 7.00 ptg

WAKTU TUTUP

 8.15 pagi – 11.30 pagi

3.45 ptg – 5.45 ptg

7.00 ptg

Sila rujuk papan notis di pagar hadapan sekolah untuk mendapatkan maklumat waktu buka dan tutup pintu pagar sekolah setiap hari. Ibu bapa / penjaga yang hendak berurusan dengan pihak sekolah hendaklah menggunakan pintu pagar A.

Sekiranya hujan semasa waktu datang ke sekolah, Pintu Pagar B akan dibuka. Ibu bapa / penjaga boleh menurunkan anak-anak di tempat menurun dan mengambil murid-murid (rujuk papan tanda).

Sekiranya hujan semasa waktu balik, murid-murid akan berkumpul di kantin sekolah. Ibu bapa / penjaga hendaklah mengambil anak masing-masing di kantin sekolah.

Semasa waktu balik, kerjasama dari ibu bapa amat diharapkan agar dapat mengambil anak-anak sebaik sahaja tamat waktu persekolahan.  Guru-guru bertugas akan hanya berada di sekolah sehingga pukul 2.00 petang setiap hari.  Dimaklumkan juga bahawa murid-murid yang masih berada di sekolah selepas pukul 2.00 petang akan diawasi oleh pengawal keselamatan sekolah sahaja.

            2.4 Kenderaan ibu bapa / penjaga

 Semasa sesi persekolahan, kenderaan ibu bapa / penjaga TIDAK DIBENARKAN  masuk ke dalam kawasan sekolah untuk menghantar atau mengambil balik   anak-anak kecuali urusan kecemasan dan pada waktu hujan (gunakan laluan masuk di Pintu Pagar B dan keluar melalui Pintu Pagar A).  Ini adalah untuk menjaga keselamatan murid serta mengelak dari berlakunya kemalangan. (kemalangan jalan raya yang melibatkan murid dalam kawasan sekolah pernah berlaku pada masa lepas).

Ibu bapa / penjaga juga diminta memberi kerjasama untuk memastikan tiada berlaku kesesakan lalulintas di hadapan pintu pagar sekolah terutama semasa menghantar dan mengambil anak. Sila letakkan kenderaan di tempat yang sesuai dan tidak menghalang lalulintas.

            2.5 Urusan dengan pihak sekolah

Ibu bapa / penjaga yang hendak berurusan dengan pihak sekolah perlu mendaftar di pondok pengawal di pintu pagar A serta mengisi borang yang ditetapkan terlebih dahulu sebelum ke pejabat sekolah. Sila dapatkan borang kebenaran masuk sekolah dan pas pelawat dari pengawal keselamatan yang bertugas. Sebarang urusan perlu mendapat kebenaran pihak pentadbir di pejabat sekolah.

Ibu bapa / penjaga yang perlu membawa balik anak sebelum waktu persekolahan tamat atas sebab-sebab tertentu perlu mendapat kebenaran dari pihak pentadbir terlebih dahulu. Sebelum membawa anak pulang Ibu bapa / penjaga hendaklah mengisi maklumat yang diperlukan dalam Buku Rekod Keluar Murid yang terdapat di pejabat sekolah. Bagi ibu bapa / penjaga yang perlu berjumpa guru atau pentadbir sekolah, dinasihatkan agar membuat temujanji terlebih dahulu. Ini adalah untuk mengelakkan ibu bapa / penjaga menunggu terlalu lama.  Pihak sekolah berharap ibu bapa / penjaga memahami bahawa segala kesulitan yang dihadapi adalah bagi memastikan keselamatan kesemua anak-anak yang bersekolah di sekolah ini.

            2.6 Kegiatan Ko-kurikulum / latihan rumah sukan

Semasa waktu kegiatan kokurikulum / latihan rumah sukan pada hari Rabu / Selasa dan Khamis, murid-murid boleh menunggu di sekolah semasa menantikan waktu berrmula aktiviti pada pukul 3.45 ptg – 6.00ptg ( Rabu) 4.30ptg – 6.00ptg ( Selasa dan Khamis ) . Bagi murid-murid yang tidak pulang, mereka hendaklah berada di kantin sekolah dan dilarang keluar dari kawasan sekolah. Ini adalah untuk menjaga keselamatan mereka. Kerjasama ibu bapa / penjaga juga diperlukan agar anak-anak tuan / puan hadir ke aktiviti kokurikulum mengikut masa yang ditetapkan dan sentiasa mengingatkan anak-anak supaya  menunggu di dalam kawasan sekolah.

2.7 Maklumat murid

Ibu bapa / penjaga hendaklah sentiasa mengemaskini (update) maklumat dan nombor telefon kepada guru kelas bagi memudahkan pihak sekolah berhubung dengan ibu bapa / penjaga  jika berlaku kes-kes kecemasan. Sekiranya ibu bapa / penjaga tidak dapat dihubungi apabila berlaku sesuatu kecemasan atau kemalangan yang memerlukan tindakan segera, pihak sekolah hendaklah diberi kebenaran  membuat keputusan untuk mendapatkan rawatan anak-anak tuan puan.  Sila berikan juga maklumat klinik atau orang yang boleh dihubungi sekiranya berlaku kecemasan kepada guru kelas anak masing-masing.

2.8 Larangan membeli makanan dan minuman di luar kawasan sekolah

Murid-murid dilarang membeli makanan atau minuman yang dijual di luar kawasan sekolah yang mana belum dapat dipastikan tahap kebersihannya. Ini adalah bagi mengelakkan berlakunya keracunan makanan.

3.  Kerjasama dari ibu bapa / penjaga amat diperlukan untuk sentiasa mengingatkan anak masing-masing supaya sentiasa menjaga keselamatan diri sama ada di dalam atau di luar kawasan sekolah sepanjang masa. Walau bagaimanapun pihak sekolah akan sentiasa mengambil langkah-langkah keselamatan bagi menjaga keselamatan murid-murid ini semasa mereka berada di sekolah. Segala sokongan dan keprihatinan tuan/puan amat kami hargai demi untuk mempertingkatkan tahap keselamatan anak-anak tuan/puan.  Pihak sekolah memohon semua ibu bapa / penjaga memahami bahawa segala peraturan yang dilaksanakan adalah bertujuan untuk menjaga keselamatan bukan seorang anak sahaja tetapi kesemua anak-anak yang bersekolah di sekolah ini.

Sekian, terima kasih.

About these ads