SKS9, Shah Alam dengan kerjasama PIBG telah membina satu program E-Learning untuk kegunaan murid SKS9, Shah Alam.Tujuan penubuhan program ini adalah untuk menambahkan kemudahan murid dalam membuat ulangkaji dan latihan yang berterusan di mana-mana murid berada secara online. Buat masa ini, program dibina khas untuk semua murid Tahap 2 (tahun 4,5 dan 6) sahaja.

Murid-murid dan ibu bapa/penjaga boleh mengakses program ini melalui alamat www.my-revision.com/skseksyen9 . Murid-murid diminta untuk menggunakan Internet Explorer sahaja untuk mengakses alamat yang diberikan dan membuat pendaftaran awal seperti yang telah diterangkan oleh guru ICT sebelum boleh menggunakan segala kemudahan yang terdapat dalam program tersebut. Murid- murid boleh mendaftar awal menggunakan nama lengkap murid dan kelas.

Murid-murid perlu mengingati username dan password yang telah dibina untuk capaian program ini.

Untuk makluman ibu bapa/ penjaga, murid- murid dibenarkan untuk mengakses program ini secara percuma selama sebulan iaitu bermula dari pendaftaran dibuat sehingga 30 Jun 2011. Mulai 1 Julai 2011 setiap murid perlu membayar RM10 seorang untuk langganan selama setahun (sehingga 1 Julai 2012). Ibu bapa yang berminat boleh mengisi borang yang telah diedarkan kepada murid- murid. Bayaran hendaklah dibuat sebelum atau pada 24 Jun 2011

Guru matapelajaran akan memantau latihan yang diberikan sebagai kerja rumah semasa cuti sekolah. Ibu bapa/penjaga diminta untuk memastikan anak- anak membuat latihan melallui program tersebut.

Sekiranya ibu bapa/penjaga mempunyai sebarang masalah atau pertanyaan bolehlah menghubungi pihak sekolah untuk maklumat lanjut.

Terima kasih.

About these ads